Alat Mainan Seks Tersangkut, Wanita Jalani Pembedahan



Seorang wanita mengalami malu bukan kepalang selepas `pengembaraan’ bersama teman lelakinya di bilik tidur berakhir dengan insiden yang tidak disangka-sangka, iaitu alat mainan seks tersangkut (vibrator) di bahagian dalam alat sulitnya.

Menurut wanita itu, Emma Phillips, 24, dia dan kekasihnya, Lee cuba menarik keluar alat mainan seks tersebut namun tidak berjaya hingga memaksa mereka menghubungi ambulans.

“Selepas sejam mencuba, saya tahu saya perlu ke hospital,’’ katanya yang berasal dari Wallasey, Wirral.

Jelas Emma, memandangkan dia dan Lee mengambil minuman keras sebelum itu maka mereka tidak boleh memandu kereta ke hospital.

“Saya terpaksa membuat panggilan yang paling memalukan iaitu menghubungi ambulan pada pukul 7 pagi. Operator yang menjawab panggilan terbabit meminta saya menceritakan apa yang berlaku dan saya tiada pilihan kecuali memaklumkan semuanya,’’ katanya.

Dalam masa lima minit, ambulans tiba dan mereka dibawa ke sebuah hospital di North Wales.

Emma terpaksa menghabiskan masa selama 45 minit perjalanan di dalam ambulans dengan bertenggek di atas kerusi sebelum dibawa ke bilik untuk pemantauan.

Ketika itu, kata Emma, ia bukan mengenai kesakitan sangat sebaliknya lebih kepada kejutan.

“Pada mulanya kami menyangka ia sesuatu yang menggelikan hati namun kami sedar ia bukan satu jenaka apabila doktor memberitahu saya terpaksa dibedah.

“Jika vibrator itu gagal dikeluarkan, mereka terpaksa memotong sedikit usus untuk mengeluarkan alat terbabit. Itu bermakna saya terpaksa memakai beg colostomy selama enam bulan,’’ katanya.

Alat berkenaan akhirnya berjaya dikeluarkan dan doktor turut menawarkan kepada Emma untuk menyimpannya namun ditolak oleh wanita itu.

Emma kemudiannya menceritakan pengalaman berkenaan dalam akaun Facebooknya. – mynewshub.cc

1 comment:

  1. Kuat sangat nafsu sampai takleh nak tahan. itulah bahananya.. hehehee

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA