Aktres Rusia ‘Tanggalkan’ Bibir Untuk Makan


Adakah anda perlu menanggalkan bibir anda setiap kali hendak makan? Ia adalah soalan pelik yang ditanya oleh bintang glamor Rusia, Evelina Bledans dalam Instagramnya.

Aktres komedi dan penyampai TV itu mengejutkan peminatnya apabila dia menunjukkan bibirnya yang mengandungi implan silikon dikeluarkan untuk membolehkan dia makan.

Evelina dilaporkan terpaksa memakai bibir implan itu untuk salah satu daripada lakonannya.

Dia memuat naik video berkenaan di dalam Instagram yang menunjukkan pembantunya menarik keluar implan itu yang melekat di bibir aktress berusia 47 tahun itu.

Video berkenaan ternyata mendapat perhatian dengan lebih 125,000 tontonan direkodkan.

Ada sesetengah netizen yang meluahkan rasa jijik manakala ada pula yang menyatakan kini mereka tahu bagaimana penampilannya boleh berubah.

Evelina merupakan artis popular yang sentiasa mencipta kontroversi. Awal tahun ini dia dilaporkan bercium dengan penyanyi wanita Lolita ketika penyanyi berkenaan mengadakan persembahan di Moscow. – mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA