Akta Pembangunan PKS Lonjak Eksport Negara


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Akta Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dijangka dilaksanakan pada pertengahan 2017 akan melonjak sumbangan PKS kepada eksport negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan berkata, akta yang akan dibentangkan di Parlimen pada Disember dijangka memperkasakan entiti PKS untuk kekal berdaya saing, termasuk pada peringkat global.

"Akta ini bertujua mengukuhkan lagi ekosistem perniagaan secara keseluruhan dan bakal memberi manfaat kepada 645,136 PKS yang berdaftar di Malaysia.

"Dengan adanya akta ini, ia akan meningkatkan daya saing syarikat berkaitan seterusnya mendorong pertumbuhan aktiviti eksport dalam kalangan PKS.

"Ketika ini, PKS menyumbang 17.6 peratus kepada eksport negara dan kita jangkakan dengan adanya akta ini, ia mendorong kepada sasaran kita, iaitu sumbangan 23 peratus kepada eksport negara," katanya pada sidang media sempena lawatan rasminya ke Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Zulkifli Mahmud dan Setiausaha Agung DPMM, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee.

Kelmarin, media melaporkan, MITI akan membentangkan Akta Pembangunan PKS di Dewan Rakyat pada Disember ini. - BH


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA