Akta dana politik, pembangkang jangan berdolak-dalik


2 OKT : Pembangkang tidak wajar berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah menolak Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik yang dicadangkan oleh kerajaan walhal mereka sebelum ini yang sering bercakap mengenai soal ketelusan dan integriti.

Kata penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir, meskipun pembangkang tidak bersetuju namun mereka perlu menerima cadangan tersebut kerana ia merupakan satu akta undang-undang politik yang bagus untuk mengelak daripada berlakunya rasuah.

“Saya berpendapat selepas dipersetujui kabinet dan dibawa ke parlimen peratusan untuk rang undang-undang ini diterima selepas dibahaskan adalah tinggi. Saya setuju dengan pendapat bahawa BN masih majoriti di parlimen yang akan memudahkan ianya diluluskan.

“Di satu aspek pula amat baik agar ketelusan semua parti-parti politik berkenaan dana dan sumbangan akan dapat diperlihatkan dgn telus,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Salawati bagaimanapun melihat usaha pembangkang menentang akta tersebut tidak akan berjaya kerana jumlah undian majoriti masih akan berpihak kepada kerajaan pemerintah, Barisan Nasional (BN) untuk diluluskan di Parlimen nanti.

Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mencadangkan agar satu undang-undang politik diperkenalkan iaitu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Ia merangkumi semua aspek berkaitan dengan semua sumbangan politik dan pentadbiran, perbelanjaan, pembiayaan aktiviti politik dan mengawal selia hubungan antara politik dan perniagaan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, antara cadangan yang disyorkan adalah sumbangan tunai daripada sumber asing kepada parti politik atau ahli politik adalah diharamkan, sumbangan kepada parti politik harus diberi pelepasan cukai, serta sumbangan dari
ada sumber yang tidak diketahui mesti disita.

Namun, perkara itu tidak dipersetujui pembangkang dan ia dinyatakan secara jelas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi Dap, Anthony Loke.

“Sudah pasti mereka tidak mahu daripada mana dana politik mereka diperolehi. Ini akan menjejaskan keyakinan pihak yang membiayai parti-parti pembangkang ini.

“Selama ini kita hanya mendengar khabar angin dan cakap-cakap sahaja kononnya ada parti politik pembangkang mendapat dana luar negara. Oleh itu jika mereka telus dalam soal ini, maka mereka tidak harus takut,” ujarnya. - BNBBC NEWS

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA