• AirAsia Larang Telefon Samsung Galaxy Note 7 Dalam Semua Penerbangan

    Published: Monday, 17 October 2016
    A- A+

    AirAsia telah melarang penumpang membawa telefon mudah alih Samsung Galaxy Note 7 dalam semua penerbangannya mulai tengah malam ini atas sebab keselamatan.

    Tindakan itu berikutan keputusan Jabatan Pengangkutan AS baru-baru ini yang melarang peranti itu dan ketika laporan mengenai unit gantian yang terbakar, katanya dalam satu kenyataan Ahad.

    Pelanggan tidak dibenarkan membawa Galaxy Note 7, termasuk yang dipanggil balik dan peranti gantian pada diri mereka, dalam beg kabin, bagasi daftar masuk atau sebagai kargo.

    Mana-mana penumpang didapati membawa peranti tersebut tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan.

    Larangan itu meliputi semua penerbangan dikendalikan Kumpulan AirAsia, yang terdiri daripada AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia, AirAsia Philippines, AirAsia India, Malaysia AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " AirAsia Larang Telefon Samsung Galaxy Note 7 Dalam Semua Penerbangan "