• Ahli Perniagaan Meninggal Dunia Ketika Main Golf Di Miri

    Published: Wednesday, 12 October 2016
    A- A+
    Gambar Hiasan
    MIRI: Seorang ahli perniagaan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang bermain golf di sebuah kelab golf di Pulau Melayu sini awal pagi semalam.

    Difahamkan, dalam kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi itu mangsa berusia 79 tahun tiba-tiba pengsan ketika sedang bermain golf di salah sebuah lubang di padang tersebut.

    Beberapa pekerja kelab melihat kejadian itu, segera menghampiri mangsa dan menghulur bantuan termasuk memberi bantuan penafasan CPR sebelum menghubungi Hospital Miri.

    Pasukan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian mengejarkan mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.-UB
  • No Comment to " Ahli Perniagaan Meninggal Dunia Ketika Main Golf Di Miri "