Agong Kurnia Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan Kepada 299 Penerima


Naib Canselor Management and Science University Puan Seri Datuk Prof Dr Junainah Abd Hamid mendahului 299 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan Tahun 2016 pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara di sini, hari ini

Junainah meneriam darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong yang disambut pada 6 Jun lalu.

Raja Permaisuri Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat tersebut.

Pada istiadat itu, Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan darjah Panglima Jasa Negara itu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Meradong, Sarawak Datuk Ding Kuong Hing, Pengarah Unit Khas Strategik Jabatan Perdana Menteri Datuk Roslan Abd Rahman dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Amalena Sharmila Johan Thambu.

Turut menerima darjah tersebut ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin dan Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Datuk Kapten Sharuddin Omar.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA