Agenda Pembangkang Menangkan PRU14 Sarawak


DAP Sarawak bijak menggunakan peranan berpolitik sepanjang masa untuk mempengaruhi minda pengundi agar undi berpihak kepada pembangkang.

Menghambur ideologi membenci pemimpin Barisan Nasional seperti membenci Najib adalah sesuatu yang diharapkan oleh DAP Sarawak. DAP mengetahui bahawa kepimpinan Adenan sukar digugat maka tiada jalan lain bagi DAP hanyalah menggunakan 'mind set' membenci Najib.

Sebagai contoh apabila kerap kali isu hak penurunan kuasa dan autonomi Sarawak dijadikan isu. Sehingga terlalu menekankan seolah-olah perbincangan antara negeri dan pusat tidak menemui kejayaan.

Walhal sudah ada keputusan yang menyebelahi Sarawak dan telah dilaksanakan mengikut peringkat. Tetapi DAP tidak akan mendedahkan kejayaan perbincangan tersebut.

Malah DAP akan menimbulkan isu yang sama berulangkali walhal hakikatnya DAP sudah tiada modal politik dan kesemuanya adalah untuk menghindari kepincangan DAP sendiri supaya tidak terbongkar.

Inilah sikap DAP dan pembangakng di Sarawak. Bangkitkan kebencian kepada rakyat supaya rakyat membenci Najib dan DAP dapat memenangi PRU14 di Sarawak dan kesempatan tersebut DAP dan pembangkang akan terus merosak minda pengundi dengan hasutan dan fitnah agar agenda untuk menang PRU akan tercapai.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA