Adakah JDT Pilihan Shamie?


KUCHING: Hero yang mengekalkan Sarawak dalam kancah Liga Super 2017, Nur Shamie Iszuan mungkin meninggalkan pasukan Bujang Senang musim depan kerana dikhabarkan bakal bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Memetik laporan sarawakcrocs.com, buat masa ini belum ada pengesahan berhubung penghijrahan 'bintang' tersebut ke Harimau Selatan.

Bagaimanapun, pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ibrahim Ismail mengakui sedang berbincang dengan seorang pemain Sarawak.

Malah terdapat laporan dalam laman sosial menyenaraikan Shamie sebagai pemain JDT untuk musim depan.

Jika Shamie berpindah ke JDT menjadi kenyataan, Sarawak terpaksa mencari pengganti pemain muda itu dengan segera.

Shamie menutup tirai Liga Super 2016 dengan jaringan cantik ketika menentang PDRM sekaligus mengesahkan tempat Sarawak dalam Liga Super tahun depan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA