Achey Hilang Fokus, Bapa Parah Akibat Kemalangan


PETALING JAYA: Bapa kepada pelawak Achey iaitu Hamzah Salam, 79, cedera parah selepas mengalami kemalangan jalan raya di Labis, Segamat Johor kira-kira pukul 9 pagi Isnin.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 30, berkata, keadaan bapanya kini semakin stabil selepas hampir sembilan jam mendapat rawatan kecemasan di Hospital Segamat.

"Saya terkejut mendapat berita pagi semalam (Isnin) daripada seorang rakan yang membantu ayah saya dalam kemalangan itu dan perasaan ketika itu sungguh berkecamuk.

"Alhamdulillah, pagi ini dia sudah sedar dan boleh bercakap, doktor beritahu anggota badan bahagian kirinya cedera teruk termasuk pinggang dan rusuk patah, selain terdapat pendarahan di kepala.

"Tekanan darah pula terlalu rendah dan esok ayah akan menjalani pembedahan untuk masukkan besi pada tulang yang patah," ujarnya kepada mStar Online, Selasa.-mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA