Acara Susu Suami: Netizen Ketawa Terbahak-Bahak


‘SUSUKAN suami’? perbuatan ini jarang kita lihat diadakan secara terbuka di khalayak ramai. Pun begitu, nampaknya, sudah ada yang ‘berani’ melakukan aksi ini.

Bagaimanapun, ini bukan perbuatan tidak senonoh atau lucah yang disangkakan ramai sebaliknya merupakan pertandingan sukaneka semata-mata.

Inilah yang berlaku di negari Cik Siti Wan Kembang, Kelantan baru-baru ini apabila sebuah video yang memaparkan pertandingan para isteri menyusukan suami masing-masing menggunakan botol susu menjadi viral di media sosial.

Apa yang lawaknya, para suami dilihat berlakon menjadi bayi dan bersaing sesama peserta lain untuk menghabiskan susu segera.

Macam-macam aksi gelojoh para suami ketika cuba menghabiskan susu itu dirakam membuatkan netizen yang menonton tidak kering gusi ketawa.

Video yang dikongsi seorang ustaz selebriti, Syed Mohd. Norhisyam ini sekali gus menjadi viral hingga dikongsi lebih 28,000.

Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dengan menyatakan hasrat mahu mencuba idea sukaneka baru ini.

Mana tahu, idea ini boleh menjadi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin pupus gara-gara teknologi zaman ini. Ye dak? – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA