Acara 'Night Run' Antara Program Menarik Hari Sukan Negara 2016



KOTA SAMARAHAN : Seramai 800 perserta telah mengesahkan menyertai acara 'Night Run' Hari Sukan Negara peringkat Samarahan setakat ini, yang akan berlangsung pada pada tarikh lapan Oktober 2016 bertempat di Summer Mall Samarahan.

Residen Samarahan Abdul Rahman Sebli Senusi berkata, penyertaan acara tersebut akan menarik minat lebih ramai lagi perserta.

"Kebiasaannya acara larian sebegini akan dilakukan pada waktu siang, tetapi acara kali ini di adakan pada sebelah malam.

"Acara 'Night Run' ini adalah salah satu acara yang menarik ramai penyertaan yang terlibat," katanya di sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, terdapat banyak lagi program-program yang akan berlangsung pada hari tersebut.

"Antaranya acara mega aerobik, fitnest fest (ZUMBA), pertandingan lompat tali dan sebagainya.

"Terdapat juga cabutan bertuah yang akan di adakan dan orang ramai dipelawa datang beramai-ramai bagi memeriahkan setiap program yang akan berlangsung," ujarnya-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA