9 jaguh Olimpik, Paralimpik disambut meriah di F1 Malaysia


SEPANG: Jaguh Olimpik dan Paralimpik negara disambut meriah penonton yang menyaksikan Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia, sebentar tadi.


Sembilan jaguh negara di pentas dunia itu turut sama memeriahkan sesi pemandu F1 bersama peminat dan mereka menerima sambutan hangat baik daripada penonton tempatan mahupun antarabangsa.

Mereka terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik di Rio, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhamad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly; pemenang pingat gangsa paralimpik, Siti Noor Radiah Nor Ismail.

Selain itu pemenang pingat perak Olimpik Rio, Pandelela Rinong Pamg; pemenang pingat gangsa Olimpik Rio, Mohd Azizulhasni Awang; Fatehah Mustapa, Nur Dhabitah Sabri dan Olimpian London 2012, Leong Mun Yee.

"Ini adalah penghargaan paling besar, saya tidak pernah merasai pengalaman seperti ini," kata Ziyad yang juga pemenang pingat emas dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

"Ini pengalaman pertama saya bersama atlet paralimpik yang lain. Ia juga akan menjadi pembakar semangat untuk berjuang lagi jauh dan teruskan legasi ini untuk Malaysia.

"Kemeriahan sangat luar biasa di Sepang ini, kalau begini, sambutan sukan insya Allah akan lebih maju di Malaysia."

Perlumbaan GP Malaysia dijadual berlangsung pada jam 3 petang ini.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA