7 maut, 94 cedera, letupan dalam bangunan di China



BEIJING: Satu letupan kuat meranapkan sebuah bangunan di bandar utara China hari ini, mengorbankan tujuh orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Laporan media berkata, letupan di Yulin, yang memusnahkan atau merosakkan bangunan berhampiran termasuk sebuah hospital, mungkin disebabkan bahan letupan disimpan secara haram dalam premis itu.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, berpuluh anggota bomba dihantar ke tempat kejadian di wilayah Shaanxi dan penyelamat mencari mangsa terselamat yang mungkin terperangkap dalam runtuhan.

Gambar menunjukkan kerosakan meluas, dengan tingkap melayang keluar bangunan, asap kelabu tebal memenuhi jalan raya serta mangsa berlumuran darah terbaring di tanah.

Letupan berlaku kira-kira jam 2 petang (0600 GMT), kata dewan bandar raya.

"Setakat ini 94 orang dirawat di hospital manakala tujuh lagi maut," katanya. -AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA