7 Kementerian Bantu Tangani Virus Zika


KUALA LUMPUR: Kerjasama tujuh kementerian dan pelbagai agensi berjaya membantu mengurangkan kes denggi dan menghentikan penyebaran virus zika di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata langkah pencegahan dan kawalan yang kukuh diambil kerajaan membantu menghentikan jangkitan virus zika daripada terus merebak.

"Kita hanya mempunyai kes sporadis virus zika sekarang dan tidak ada kejadian kluster baharu atau wabak dilaporkan setakat ini," katanya ketika menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pada sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Dr Subramaniam berkata, tindakan agresif diambil kerajaan menunjukkan hasil positif kerana hanya tujuh kes zika dilaporkan setakat ini, iaitu masing-masing dua kes di Sabah dan Johor serta masing-masing satu kes di Selangor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

"Antara 31 Ogos hingga 8 Oktober lalu terdapat 180 kes pesakit dengan gejala zika, tetapi ujian dilakukan mengesahan hampir semua penghidap biebeas virus berkenaan," katanya.

Dr Subramaniam berkata, kerajaan berjaya melaksanakan semua langkah perlu bagi menangani penyebaran isu bagi menangani penyebaran virus berkenaan iaitu menerusi pengecahan, pengawalan dan pengurangan.

Beliau berkata, llangkah pencegahan juga membantu memastikan tiada aggota pasukan Malausia di Sukan Olimpi Ria menghidap zika.

Katanya, satu pasukan petugas kebangsaan mengenai zika juga mengeluarkan garis panduan cara menendalikan penyakit ini, terutama kaedah mengenal pasti gejala dan kesannya.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA