43 penerjun dunia bersaing dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina 2016


KUCHING - Seramai 43 penerjun handalan dunia bakal bersaing dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina 2016 yang berlangsung di Pusat Akuatik Sarawak di sini bermula hari ini.

Menteri Belia, Sukan dan Solidariti negeri, Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata,kejohanan dunia itu juga menjadi sejarah baharu kerana ia dilangsungkan di luar Kuala Lumpur.

"Kita akan menyaksikan ramai penerjun terbaik dunia termasuk pemenang pingat perak Olimpik Rio, Cheong Jun Hoong," katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina 2016 di Pusat Akuatik Sarawak di sini sebentar tadi.

Turut hadir memeriahkan majlis perasmian kejohanan itu ialah ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Sebanyak lapan buah negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, China, Australia, Kanada, Hong Kong, Rusia dan Singapura mengambil bahagian dalam kejohanan tiga hari itu.

Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina 2016 berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober ini. - K! ONLINE


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA