39,657 Calon Duduki PT3 Di Sarawak

Foto Kosmo
KUCHING: Seramai 39,657 calon menduduki ujian bertulis bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di 204 pusat peperiksaan di Sarawak bermula hari ini hingga 13 Oktober ini.

Menurut kenyataan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), daripada jumlah itu, seramai 38,237 pelajar merupakan calon di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaaan.

Seterusnya, 1,173 merupakan calon di Sekolah Swasta, diikuti 220 (Maktab Rendah Sains Mara), 14 (Sekolah Tunas Bakti) dan 13 (calon persendirian). - K! ONLINE



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA