27 Terbunuh Dua Bas Bertembung Di Pakistan


ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh, manakala 50 lagi cedera selepas dua bas penumpang bertembung di tengah Pakistan hari ini, kata pegawai.

Menurut pihak berkuasa, dua bas berkenaan yang dikatakan membawa lebih 100 penumpang, bertembung di bandar Khanpur, kira-kira 800 kilometer ke selatan ibu kota Islamabad.

"Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh manakala 50 yang lain cedera dalam kemalangan itu," kata pegawai kerajaan tempatan, Zafar Iqbal kepada AFP.

Petugas penyelamat masih cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dari bas yang remuk dan menjangkakan angka korban meningkat. Ketua polis tempatan, Mehar Arsal berkata ketika kejadian, bas itu merempuh pokok selepas bertembung.

Pakistan mencatat rekod korban nahas jalan raya antara yang paling tinggi di dunia berikutan kualiti jalan raya yang teruk, kenderaan yang tidak diselenggara dan kecuaian pemandu. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA