25 Ahli Parlimen BN Sarawak Digesa Tolak #Bajet2017

KUCHING: Berikutan kenyataan beberapa pemimpin utama Barisan Nasional (BN) Sarawak yang rata-rata menyatakan kekecewaan terhadap Bajet 2017 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat lepas.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggesa seramai 25 Ahli Parlimen yang mewakili parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri ini agar bersama-sama pembangkang untuk menolak Bajet 2017 tersebut.

Menurutnya, tiada gunanya BN Sarawak sekadar mengeluh dan mengadu kononnya Sarawak diabaikan, sedangkan mereka juga yang menyokong Bajet itu di Parlimen.

“Tindakan seumpama itu jelas satu penipuan terhadap rakyat Sarawak.

“Demi negara ini dan juga untuk Sarawak, 25 Ahli Parlimen BN Sarawak mesti mengundi untuk menolak Bajet tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada sabtu.

Ketika ini Sarawak diwakili 31 Ahli Parlimen; 25 dari BN, 5 dari DAP dan 1 dari PKR.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching turut menyifatkan anggaran Bajet 2017 adalah yang terburuk untuk negara ini.

Terdahulu, pemimpin muda dari DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa turut mencela pemimpin BN di negeri ini sebagai ‘Otak bodoh’ kerana masih menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berikutan pengumuman Bajet yang mengecewakan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Sri Dr Stephen Rundi juga melahirkan kekecewaannya terhadap pengumuman Bajet tersebut.

“Bajet 2017 sudah dijangka, tiada yang menarik untuk Sarawak,” Rundi dipetik sebagai berkata. - Sarawakiana

1 comment:

  1. minta komen semua ahli parlimen bn tengok berkenaan dgn bajet 2017. kita nak tengok komen2 mereka. apakah benar tiada benda yang menarik dlm bajet kali ini untuk sarawak?

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA