22 Wanita Muda Asing Ditahan Di Pusat Urut Di Kuching



KUCHING: Khidmat wanita muda warga asing dijadikan sebagai tarikan di sebuah pusat refleksologi di Jalan Tun Jugah disini berjaya hidu pihak polis.

Seramai 22 tukang urut wanita warga Vietnam, ditahan kerana menyalahgunakan permit lawatan sosial untuk bekerja di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, berkata, dalam serbuan di dua premis di kawasan terbabit, beberapa wanita berusia dalam lingkungan 20an yang bekerja sebagai tukang urut tanpa permit yang sah.

"Hasil risikan sebulan lalu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching petang semalam,turut menemui pintu rahsia di bahagian belakang premis yang dijadikan sebagai laluan masuk pelanggan ke rumah urut berkenaan."katanya.

Abang Ahmad berkata, polis turut menahan dua lelaki tempatan, masing-masing berusia 35 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis untuk siasatan lanjut.

"Semua yang ditahan di bawa ke IPD Kuching untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," tambahnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA