200 Penumpang Feri Terbakar Diselamatkan Dalam SAREX Wilsar 2016


KUCHING: Sebuah feri penumpang dilaporkan terbakar oleh sekumpulan pemancing di kedudukan 20 Batu Nautika Utara Tanjung Po sekitar 5 pagi semalam.

Sejurus laporan diterima, sebuah bot Maritim segera digerakkan untuk mengesahkan laporan tersebut dan mendapati terdapat 10 buah rakit penyelamat beserta 200 penumpang di dalamnya.


Bagaimanapun, ia adalah sebahagian senario Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Maritim WIlayah Sarawak.

Sebanyak empat buah kapal, tiga buah bot dan sebuah kapal terbang daripada Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marinm Oasukan Gerakaan Udara PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi membbantu kerja mencari dan menyelamat.


Di darat pula, ambulan Hospital Umum Sarawak (HUS), JBPM, APM dan kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersiap sedia memberi rawatan segera dan membantu mangsa yang mengalami trauma.

SAREX Maritim Wilayah Sarawak kali ini dilaksanakan dengan jayanya apabila kesemua 'mangsa' feri terbakar berjaya ditemui dan dibawa ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA