174 Banduan Bolos Dari Penjara Haiti Selepas Bunuh Pengawal



ARCARHAIE (Haiti): Seramai 174 banduan melarikan diri dari penjara di utara Haiti pada Sabtu selepas membunuh seorang pengawal dan mencuri senjata api, menurut pihak berkuasa yang melancarkan operasi memburu pesalah terbabit.

Polis mengadakan sekatan di jalan dan menahan beberapa individu yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Bagaimanapun, 266 banduan di penjara Archahaie tidak memakai uniform menyebabkan mereka lebih mudah untuk melarikan diri dan berada di luar.

Seramai 11 banduan berjaya ditangkap semasa pembolosan itu. Ketika kejadian, sebahagian banduan sedang mandi.

Sekumpulan banduan memecah masuk ke sebuah kawasan yang digunakan para pengawal, mencuri sekurang-kurangnya lima senjata, manakala seorang pengawal mati ditembak.

Menteri Keadilan Haiti, Camille Edouard Junior berkata, seorang banduan maut selepas terjatuh dari tembak sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala semasa melarikan diri dari penjara Archaie.

"Seorang pengawal terbunuh dalam insiden itu.

"Tiga banduan cedera, termasuk seorang yang maut akibat kecederaan yang dialaminya," kata Edouard Junior kepada Reuters. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA