14 Tahun Melekat


New Delhi: Sepasang kembar siam yang ditinggalkan ibu bapa mereka selepas dilahirkan menyambut ulang tahun mereka yang ke-14, semalam.

Veena dan Vani dibesarkan kakitangan hospital sejak 2004 selepas ditinggalkan ibu bapa mereka atas alasan tidak mampu menjaga mereka.

Sepanjang hidup mereka, kedua-dua beradik itu lebih banyak berada di dalam bilik mereka yang cuma mempunyai satu tingkap untuk mereka melihat ke luar.

Ibu bapa mereka yang berasal dari Hyderabad, meninggalkan mereka di situ selepas pembedahan awal untuk memisahkan mereka dijalankan. Mereka berjanji mengambil kanak-kanak itu semula jika pakar bedah berjaya menghabiskan keseluruhan proses itu.

Malangnya, pembedahan lanjut tidak pernah dilakukan dan pakar berkata, kemungkinan besar ia tidak akan dibuat kerana risiko terhadap mereka meningkat seiring dengan usia mereka.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA