13 Oktober Sebutan Kes Warga Asing Miliki Dokumen Diri Orang Lain


MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan lanjut kes seorang lelaki warga asing dituduh memiliki sekeping kad pengenalan orang lain tanpa kebenaran sah.

Manakala tertuduh yang tidak ditawarkan jaminan diperintahkan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Mansur Tare, 44, dari Kajang, Indonesia telah didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak kurang dari RM3,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh tanpa mempunyai kuasa sah atau sebab munasabah telah memiliki sekeping kad pengenalan atas nama Mansur Bin Tare yang bukan kepunyaannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.40 pagi, 25 September lalu di Kaunter 4 Balai Ketibaan Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Miri.-ub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA