13 Aset Terlibat SAREX


KUCHING: Sebanyak 13 buah aset digerakkan sepanjang tiga hari Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) dijalankan bermula 10 hingga 12 Oktober ini.

Daripada 13 buah aset, lima buah merupakan aset Maritim Malaysia, dua buah aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dua buah aset Jabatan Laut dan masing-masing sebuah aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin serta Pasukan Gerakan Udara PDRM.

Majlis perasmian SAREX sebentar tadi disempurnakan oleh Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismail Bujang Pit di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Agensi lain yang turut terlibat termasuk Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Hospital Umum Sarawak dan Syarikat Sapura.

Objektif eksesais tersebut diadakan adalah untuk memahirkan semua peserta dalam tugas mencari dan menyelamat, meningkatkan tahap kerjasama antara jabatan dan agensi terlibat, menguji dan menyelaras kaedah komunikasi antara agensi dalam sitausi sebenar dan menguji prosedur operasi standard (SOP) mencari dan menyelamat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA