101kg Ketamin Bernilai RM7.07 Juta Dirampas


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas dadah jenis ketamin bernilai RM7.07 juta dalam satu serbuan di Kepong pada Jumaat lalu.

Serbuan di sebuah kontena yang dijadikan premis penjualan barang lusuh itu berjaya menahan lapan suspek termasuk seorang wanita.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Isyar Singh berkata, risikan selama sebulan itu membongkarkan pengedaran dadah yang didalang kumpulan kongsi gelap Geng 36.

"Sebanyak 101 kilogram dadah jenis ketamin dirampas dalam serbuan itu dan polis percaya ia untuk pasaran sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebentar tadi. -K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA