10 Terbunuh Dalam Letupan Kompleks Kediaman


CHINA - Satu letupan kuat menggegarkan sebuah kompleks kediaman semalam, menyebabkan 10 terbunuh manakal 147 yang lain cedera.

Letupan kuat berkenaan juga menyebabkan kebakaran kompleks lain dan serpihan bangunan bertaburan di merata tempat.

Sebuah hospital kerajaan yang terletak berdekatan kawasan kejadian juga rosak teruk.

Menurut laporan CNN, letupan berkenaan berlaku kira-kira jam 2 petang waktu tempatan dan operasi dan menyelamat dijalankan sehingga awal pagi tadi.

Walaupun punca kejadian belum dikenal pasti, media tempatan mendakwa terdapat simpanan bahan letupan yang digunakan oleh sesetengah syarikat perlombongan.

Pada 2015, 110 orang awam dan pekerja maut apabila sebuah stor simpanan bahan kimia meletup di Beijing. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA