Zulfadli Juara Terbuka Brazil


KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan badminton lelaki negara Zulfadli Zulkiffli meraih gelaran antarabangsa pertamanya di peringkat senior selepas memenangi Terbuka Brazil, sebentar tadi.

Bagaimanapun, pilihan pertama kejohanan itu terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 18-21, 21-11, 21-17 menewaskan wakil India Anand Pawar pada aksi final yang berlangsung selama satu jam 20 minit itu.

Bekas juara remaja dunia 2011 itu bangkit daripada ketinggalan di set pertama sebelum mendominasi set kedua dan penentuan.

Kali terakhir Zulfadli mara ke pentas final pada kejohanan antarabangsa adalah di Cabaran Antarabangsa Sydney tahun lalu yang menyaksikannya tewas kepada pemain Vietnam Nguyen Tien Minh. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA