Zika : PM Saran Semua Pihak Ambil Langkah Berjaga-Jaga


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati semua pihak supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kes pertama virus Zika yang dilaporkan di negara hari ini.

"Buat masa ini, semua pihak disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dan ikut nasihat Kementerian Kesihatan," katanya dalam catatan terbaru di Facebook dan Twitter beliau pada Khamis.

Beliau berkata sekiranya sesiapa yang mengalami tanda-tanda Zika seperti sakit kepala, konjunktivitis, demam ringan, ruam kelesuan dan sakit sendi, segeralah ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan.

"Kerajaan sedang pantau status Zika di Malaysia," kata perdana menteri.

Kementerian Kesihatan pada Khamis mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor positif dijangkiti virus Zika, dan disyaki mendapat gejala itu semasa berkunjung ke Singapura.- Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA