WEBE Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had


Mungkin ramai di antara pengguna di Malaysia yang masih belum mengetahui secara mendalam mengenai rangkaian perkhidmatan mudah alih terbaru di negara ini.

WEBE cuba memberikan pengalaman digital sepenuhnya kepada para pengguna, bermula dari pendaftaran atas talian sehinggalah penghantaran ke rumah tanpa pengguna perlu pergi ke mana-mana.

Selain itu, webe turut menawarkan pakej mereka pada harga yang rendah bermula RM79 untuk pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS.

Sekiranya mengikut harga asal tanpa sebarang potongan, webe menawarkan pelan pada harga RM199 sebulan untuk penggunaan data, panggilan dan juga SMS tanpa had.

Tetapi, selepas potongan diskaun untuk pengguna TM dan P1 (sebelum ini) serta untuk mereka yang menggunakan telefon mudah alih yang termasuk di dalam senarai webe certified phone, pengguna hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan (tidak termasuk GST).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran webe, Lai Shu Wei berkata, “Kami telah mendengar apa yang pengguna ingin sampaikan tentang pelan mudah alih mereka pada masa kini dan inilah yang sedang kami lakukan.

“Melalui penawaran perkhidmatan ini, kami berhasrat untuk mengubah mentaliti wujudnya penggunaan internet yang terhad pada telefon bimbit anda,” katanya.

Jadi, bermula hari ini, orang ramai boleh mula mendaftar pelan perkhidmatan webe dengan mudah secara di atas talian sahaja di www.webe.com.my

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA