Wanita PBB Terus Cemerlang


KUCHING : Kecemerlangan yang ditampilkan calon wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu wajar diteruskan bagi memastikan parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak itu terus maju ke hadapan.

Ketua Wanita PBB Tan Sri Empiang Jabu berkata, kejayaan yang dicapai bukan terhenti setakat PRN sahaja sebaliknya menjadi landasan untuk mencapai kecemerlangan lebih besar.

"Wanita tidak hanya berfungsi sebagai pendokong tetapi akan terlibat lebih meluas dalam hal politik.

"Oleh itu wanita akan meneruskan latihan lebih intensif memendangkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan diadakan tidak lama lagi," katanya kepada media ketila mempengerusikan mesyuarat Wanita PBB di Ibu Pejabat PBB hari ini.

Empiang turut menyatakan latihan intensif seperti kempen pilihanraya akan diterapkan kepada Wanita untuk memperkasakan pergerakan PBB.

Pada masa sama Empiang turut menyatakan bahawa ketika ini Wanita sedang mengumpul maklumat berkenaan perjuangan wanita PBB bagi menghargai perjuangan mereka serta akan dibukukan.

Jika tiada aral melintang, buku tersebut berkemungkinan akan dilancarkan pada tahun hadapan dan terdapat nama-nama wanita yang telah dikenal pasti untuk dimuat dalam buku tersebut, kata Empiang.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA