Wanita PBB Perlu Penglibatan Generasi Muda


KUCHING : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memerlukan penglibatan lebih ramai generasi muda wanita dalam usaha menguatkan jentera parti tersebut.

Setiausaha Agung Wanita PBB Datuk Nancy Shukri berkata, wanita memainkan peranan penting terutama dalam aspek pendaftaran ahli baharu.

"Latihan seperti berkomunikasi kepada rakyat akan diberi bagi memudahkan rakyat memahami dasar parti.

"Sebelum ini tugas tersebut hanya diberi kepada ketua-ketua wanita ranting tetapi kali ini strategi baru diketengahkan dengan melibatkan generasi muda yang dipilih oleh ketua wanita," katanya kepada media ketika mesyuarat Wanita PBB di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.

Nancy turut menjelaskan bahawa seluruh generasi muda di setiap bahagian di negeri ini akan terlibat.

Terdapat bebarapa sesi latihan akan diadakan mengikut modul tertentu, kata Nancy.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA