Suami Isteri Maut, Kemalangan Di Sri Aman


SRI AMAN: Seorang wanita dan seorang lelaki maut manakala lima lagi mangsa mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku di KM 42 Bukit Bangunan, Jln. Sri Aman – Serian sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Uja Nyaoh berusia 49 tahun dan Jembu Britain, 52.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, kemalangan dua buah kenderaan itu melibatkan tujuh orang mangsa.

Menurutnya, dua orang mangsa tersepit dan penumpang sebelah pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa-mangsa lain mengalami kecederaan parah dan cedera ringan.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga yang menghala ke Serian berlanggar dengan kereta Perodua Kancil (menghala ke Sri Aman) dari arah bertentangan," katanya.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian. -Sarawakiana.





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA