Wanita Lupa Cara Berjalan Tapi Reti Berlari


AUSTRALIA: Bayangkan satu hari jika anda bangun tidur dan anda terlupa bagaimana caranya untuk berjalan sedangkan anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan…

Pelik, tapi benar. Sebenarnya ia juga menyeramkan!Perkara tersebut benar-benar terjadi kepada seorang wanita bernama Miranda Licence.

Licence terkejut apabila mendapati tangan dan kakinya tidak dapat dikawal dan dia tidak boleh berjalan selepas sedar daripada tidur petangnya.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan pelbagai ujian dijalankan tetapi masih tidak dapat menjelaskan kelumpuhan yang berlaku secara tiba-tiba itu, lapor sumber tempatan.

Selepas menjalani rawatan fisioterapi, Licence mampu untuk berlari dan berjalan, tetapi berjalan ke belakang, bukan ke depan.

“Saya tahu saya sepatutnya boleh berjalan kerana tiada apa-apa sekatan dalam otak yang menghalang saya. Tetapi saya tidak mampu melakukannya,” kata Licence kepada sumber.

Selepas enam minggu berada dalam keadaan pelik itu, Licence keluar bersama teman lelakinya dan menyedari bahawa dia mampu berjalan secara normal.

“Saya sedang berjalan dengan teman lelaki saya, Sam dan tiba-tiba saya menyedari saya sedang berjalan dengan normal seperti Sam,” katanya.

Bagi Licence, dia hanya menganggap kejadian pelik itu sebagai mimpi ngeri dalam hidupanya dan dapat mempelajari nilai kesabaran ketika ditimpa dugaan. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA