Wanita Ditemui Mati Selepas Hilang Tiga Hari



SARIKEI: Seorang wanita ditemui mati selepas dilaporkan hilang oleh suaminya sejak tiga hari lalu di RH Lingga Sungai Selangan di sini pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Mangsa, Labi Jaman berusia 63 tahun dijumpai dalam keadaan terapung d
dua kilometer dari jarak rumah panjang di hulu Sungai Selangan.

Pihak bomba mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia ketika dijumpai.

Menurut suami mangsa, isterinya hilang sejak 8 September yang lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dikerahkan untuk menjalankan operasi mencari mangsa dan turut dibantu penduduk kampung.

Operasi tamat sekitar jam 1.17 tengahari dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA