Wanita Ditahan, Sebar Berita Palsu Pengambilan Organ Kanak-Kanak


JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita semalam susulan tindakannya memuat naik berita palsu mengenai kes penculikan dua kanak-kanak yang dibunuh dan diambil organ dalamannya dalam laman sosial Facebook Rabu lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, penahanan wanita berusia 32 tahun itu dilakukan pada pukul 6.30 petang di kediamannya di Desa Coal Fields, Sungai Buloh, Selangor.

Katanya, suspek telah memuat naik berita itu dengan niat untuk dilihat dan dibaca orang ramai, yang mendakwa ada dua mayat kanak-kanak mangsa culik ditemukan di tepi sungai di Johor dan organ dalamannya diambil.

"Bagaimanapun, saya mengesahkan tiada kejadian berlaku di Johor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama tiga hari hingga 25 Septemberini untuk siasatan lanjut.

Katanya, tangkapan ke atas suspek adalah sebagai memberi pengajaran kepada pengguna Internet agar tidak sesuka hati menggunakan perkhimatan aplikasi mereka untuk menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.

Tambah beliau, menyebar berita palsu adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA