Virus Zika Singapura bukan dari Amerika Latin


SINGAPURA – Tiada bukti penularan wabak Zika di Singapura berpunca daripada rantaian virus yang lebih atau kurang berbahaya daripada virus yang menyerang rantau Amerika Latin, lapor media Singapura semalam yang memetik kenyataan kementerian kesihatan.

Singapura setakat ini mengesan lebih 280 jangkitan Zika sejak kes pertama dilaporkan pada 27 Ogos lalu.

Jangkitan Zika kepada wanita mengandung boleh mengakibatkan sindrom mikrosefali iaitu kecacatan kelahiran yang menyebabkan bayi mempunyai saiz kepala dan otak kecil selain kecacatan otak lain.

Kaitan antara Zika dan mikrosefali pertama kali didedahkan di Brazil pada musim luruh tahun lalu. Brazil sehingga kini merekodkan lebih 1,800 kes mikrosefali.

Dalam kalangan orang dewasa pula, virus Zika turut dikaitkan dengan penyakit saraf yang jarang berlaku, sindrom Guillain-Barre serta masalah neurologi lain.

Analisis terhadap dua pesakit jangkitan tempatan menunjukkan rantaian Zika di Singapura mungkin berkembang daripada virus yang sedia ada di Asia Tenggara sejak tahun 1960-an, lapor akhbar The Straits Times di laman webnya.

Analisis itu disediakan untuk manfaat komuniti saintifik global termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor akhbar itu. – Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA