Virus Zika : Khas Wanita Hamil, Dapatkan Nasihat Pakar Jaga Kandungan


Wanita hamil atau dalam perancangan untuk mengandung diminta mendapatkan nasihat doktor perbidanan supaya dapat mengambil pendekatan dan bimbingan sewajarnya, bagi menguruskan kandungan berikutan penularan virus Zika yang mula melanda negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kes terbaharu dilapor yang membabitkan wanita hamil, mendorong langkah penjagaan kandungan dipertingkatkan melalui pendekatan khidmat nasihat doktor perbidanan yang mempunyai kepakaran dalam menangani kes wanita mengandung.

Beliau berkata, pengurusan kandungan terutamanya di awal kehamilan amat penting dan ia perlu dipandang serius oleh semua wanita hamil atau yang mempunyai hasrat untuk memiliki anak buat masa ini.

"Dengan langkah ini, ia dapat membimbing dan memberi pendedahan apa yang patut atau tidak patut dibuat sepanjang tempoh kehamilan," katanya. Beliau berkata demikian pada satu. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA