Villareal Sekat Rentak Kemenangan Real Madrid

Foto Reuters
MADRID: Rekod 16 kemenangan Real Madrid dalam saingan Liga Sepanyol berakhir awal pagi tadi selepas sekadar seri 1-1 dengan Villarreal di Santiago Bernabue.

Juara Eropah itu berpeluang untuk mengatasi rekod 16 kemenangan yang dicipta Barcelona ketika di bawah kendalian Pep Guardiola pada 2010/2011 tetapi terpaksa membayar harga yang tinggi susulan aksi hambar pada babak pertama.

Kapten Villarreal, Bruno Soriano meletakkan pasukan pelawat di depan menerusi sepakan penalti pada masa tambahan babak pertama sebelum Sergio Ramos menyamakan kedudukan selepas waktu rehat.

Bagaimanapun, Real terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga, tiga mata meninggalkan pencabar terdekat, Barcelona yang turut seri 1-1 dengan Atletico Madrid.

"Kami tidak beraksi dengan baik pada babak pertama perlawanan. Babak kedua semua pemain bermain dengan baik tetapi kamu tidak semestinya mampu mengutip tiga mata selepas berakhir perlawanan.

"Kami sedar kami perlu bekerja keras dan melakukan perubahan," kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA