Video : Majlis Perkahwinan Bertukar Tragedi, Bapa Pengantin Letup Bom Tangan



ADEN – Satu majlis perkahwinan di Yarim dalam wilayah Ibb di barat bandar raya ini, bertukar menjadi tragedi apabila bapa pengantin perempuan meletupkan dua bom tangan menyebabkan 12 terbunuh dan dirinya, hari ini.

Mereka yang terbunuh ialah lapan wanita dan empat kanak-kanak manakala 18 lagi cedera.

Menurut saudara keluarga pengantin, lelaki itu, Hazaa Sharman, ialah pesara tentera yang mengalami masalah mental.

Penduduk Yaman dibenar memiliki serta membawa senjata api selaras dengan tradisi negara itu.

Sejak 18 bulan lalu, bom dianggap biasa usulan ancaman konflik antara pemberontak sokongan Iran dengan kerajaan disokong negara Arab diketuai Arab Saudi. – AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA