[Video] Chef Dari Britain Pekak 2 Minit Lepas Makan ‘Mi Maut’


JAKARTA: Seorang cef Britain yang makan mi paling pedas di dunia, 4,000 kali ganda lebih pedas berbanding sos Tabasco, pekak selama dua minit selepas menjamah hidangan itu. Ben Sumadiwiria, 22, dari London menemui hidangan itu di sebuah gerai kecil di tepi jalan di ibu kota ini.

Mi yang digelar ‘mi maut’ itu mengandungi 100 biji cili api burung digiling bersama, memberinya penarafan Scoville (ukuran kepedasan) sebanyak 20 juta berbanding sos Tabasco yang berskala 5,000.

Sebiji cili api burung diberi 200,000 unit Scoville. Selepas Ben melahap makanan itu, badannya mula berpeluh, rasa berpusing dan terpaksa merendam kepalanya dalam air, malah pekak selama dua minit.

Cef itu berkata: “Ini adalah makanan paling pedas pernah saya makan. Dalam masa beberapa saat memakannya, badan saya berpeluh dan merasa tidak sihat.

“Sesiapa saja yang mencubanya akan muntah ke longkang. Ia dikenali sebagai ‘mi maut’ dan sesetengah penduduk tempatan mampu menghabiskan semuanya, …agak gila,” katanya.

Ben, seorang cef sepenuh masa dan pembuat video yang mana ibu bapanya berasal dari Indonesia, melawat keluarganya di kawasan itu, membayar Rp34 (RM0.01) untuk sepinggan mi dan telur goreng.

Cili jenis Carolina Reaper direkodkan antara paling pedas di dunia dengan penarafan unit Scoville sebanyak 2.2 juta, namun apabila dicampurkan dengan cili lain ke dalam sepiring makanan, ia seperti mi maut yang menghasilkan kepedasan melampau. – Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA