Usaha Bebaskan Rakyat Malaysia Diculik

Foto Harian Metro
KUALA NERUS: Polis Diraja Malaysia sedang mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina bagi membebaskan rakyat Malaysia yang diculik di perairan Lahad Datu, Sabah, Julai lalu, walaupun menerima ugutan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata rundingan masih diteruskan bagi membebaskan semua rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi tawanan militan di Selatan Filipina bagi memastikan.

"Kita sentiasa berusaha membebaskan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculikan dan rundingan berterusan tetap dilaksanakan," katanya selepas menutup perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin, Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Rusli Ahmad.

Julai lalu lima rakyat Malaysia hilang di perairan Dent Haven, Tambisan, menjadi mangsa penculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Kejadian itu disedari apabila sebuah bot tunda dengan enjinnya masih hidup ditemui di perairan Lahad Datu pada 18 Julai lalu.

Noor Rashid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu penculikan ini kerana bimbang dengan keselamatan mangsa.

“Tanggungjawab kita mahu membawa balik semua mangsa dalam keadaan selamat...setakat ini mereka dalam keadaan baik.

"Keselamatan dan nyawa mangsa lebih utama dan rundingan mula dibuat sejak mereka diculik," katanya.

Hari ini, waris lima mangsa culik itu merayu kerajaan mencari jalan segera membebaskan mangsa serta merayu membenarkan mereka melakukan kutipan derma daripada orang ramai bagi

mengumpul 100 juta Peso atau kira-kira RM8.6 juta sebagai bayaran wang tebusan.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA