Uptown Samarahan Tingkat Pendapatan Usahawan Bumiputera


KOTA SAMARAHAN : Kewujudan tapak perniagaan kecil-kecilan seperti 'Uptown Samarahan' berjaya meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera.

Inisiatif tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi terutama di kalangan usahawan muda.

Peniaga pakaian berusia 43 tahun, Fatimah Radzuan berkata, sejak berniaga tujuh bulan lalu, sambutan diterima amat menggalakkan.

"Saya bekerja kilang dan pada hujung minggu saya akan berniaga di sini untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung keluarga.

"Alhamdulillah sambutan menggalakkan dan kerajaan telah membantu menyediakan tapak sebegini bagi menggalakkan kami usahawan bumiputera menceburi perniagaan," katanya ketika ditemubual Sarawakiana di sini hari ini.

Fatimah juga berharap usaha sebegini tidak hanya setakat ini sahaja sebaliknya perlu diperluaskan agar usahawan Bumiputera dapat melonjak hingga ke tahap lebih tinggi.

Rashid, 27 tahun yang berniaga makanan turut membei pandangan bahawa usaha kerajaan menyediakan tapak itu banyak membantu peniaga kecil meningkatkan sumber pendapatan.

"Saya daripada awal kewujudan 'Uptown Samarahan' sudah berniaga kuih, sambutan semakin menggalakkan.

"Kita harus berterima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa mencari peluang untuk peniaga bumiputera meningkatkan taraf kehidupan," ujarnya.

Beliau berharap agar lebih ramai masyarakat Bumiputera khususnya belia menceburi bidang keusahawanan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA