Uber : Utamakan Keselamatan Penumpang Dan Pemandu

Foto Utusan Borneo
KUCHING: Menyediakan aspek keselamatan sebelum penumpang diambil dan sehingga dihentikan di destinasi mereka adalah keutamaan kepada perkhidmatan Uber selain menyalurkan maklumat antara pemandu dan penumpang.

Sehubungan itu Pengurus Besar Uber Everwhere Malaysia Kenny Choong berkata tidak perlu ada kerisauan kepada penumpang Uber kerana mereka dijamin dari segi keselamatan melalui teknologi.

“Kedua-dua keselamatan bagi penumpang dan pemandu akan ditingkatkan melalui perkhidmatan Uber ini dari saat mereka memanggil untuk menggunakan perkhidmatan, di mana maklumat, gambar serta kenderaan pemandu akan dihantar kepada penumpang sebelum sampai.

“Begitu juga maklumat penumpang kepada pemandu dan bukan itu sahaja semasa dalam perjalanan atau dalam kenderaan, penumpang boleh berkongsi laluan sama ada kepada keluarga, rakan atau saudara mereka, bagi me-mudahkan mereka dijejaki,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Malahan katanya bagi perkhidmatan Uber antara kriteria mereka adalah kenderaan yang dimiliki oleh mereka yang berminat menjadi pemandu Uber, adalah perlu memiliki insurans selain usia kenderaan tidak lebih daripada sembilan tahun.

Katanya bagi Uber mereka menyediakan perkhidmatan berteknologi bagi menghubungkan pemandu dan penumpang yang memerlukan perkhidmatan seperti yang mereka tawarkan.

Di Kuching khasnya, per-khidmatan Uber akan terus beroperasi bermula hari ini, meskipun ia dikatakan beroperasi secara ‘haram’.

Malahan sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri dan badan pengawal selia kenderaan di Sarawak Lembaga Pelesenan Kenderaan Per-dagangan (LPKP) Sarawak menyatakan, perkhidmatan Uber di bandar raya ini ber-operasi secara haram dan perlu mendapatkan permit.

Choong berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak bertanggungjawab atau pengawal selia ken-deraan di negeri ini bagi menjalankan operasi mereka di Sarawak.

“Setiap bandar yang kita lancar dan berhasrat untuk sediakan perniagaan pastinya kami berhubung dengan pengawal selia kenderaan di bandar berkaitan.

“Kami faham ada sebahagian daripada bandar sememangnya peraturan atau perundangannya tidak me-rangkumi perkhidmatan Uber dan perkara ini harus kita selesaikan demi kepentingan semua pihak,” katanya.

Malahan katanya, kehadiran perkhidmatan Uber di bandar raya ini adalah sebagai pilihan selain alternatif kepada mereka yang berminat dalam perkhidmatan itu.

“Kita masih berbincang dengan pengawal selia kenderaan bertanggungjawab mengenai perkara ini,” kata-nya.

Choong berkata di Sabah perkhidmatan Uber mendapat sambutan luar biasa dari segi pendaftaran kepada mereka yang berminat dalam perkhidmatan ini.

Beliau memberitahu, ope-rasi itu yang bermula di Kuala Lumpur diperluaskan ke bandar lain di negara ini berdasarkan permintaan khasnya mereka yang sukar dihubungi oleh kenderaan awam. -UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA