TYT Rasmi Projek Hidroelektrik Murum Selasa Ini

KUCHING, 21 Sept (Bernama) -- Projek Empangan Hidroelektrik Murum milik Sarawak Energy akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Belaga pada Selasa ini.

Ia yang mampu membekalkan tenaga elektrik sehingga 944 megawatt merupakan projek tenaga hidroelektrik pertama di negeri ini yang dibina di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi menjana kuasa untuk keperluan pelabur terutama di kawasan Taman Perindstrian Samalaju.

Menurut Sarawak Energy, pelaksanaan projek itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengurangkan tarif elektrik kepada pihak domestik, komersial dan perindustrian.

"Tarif elektrik di Sarawak adalah yang terendah di Malaysia dan dalam kalangan wilayah ini," katanya. -- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA