Tun Mahathir Mudah Lupa Dan Sedang Dilema



Kasihan melihat Tun M yang berjumpa Yang Di-Pertuan Agong tidak mendapat jawapan memuaskan hati beliau. Mungkin beliau ingat tempoh 22 tahun mentadbir negara mampu mempengaruhi Yang Di-Pertuan Agong.

Walaupun Yang Di-Pertuan Agong lebih berumur daripada Tun M, Yang Di-Pertuan Agong lebih cergas pemikiran dan mampu membuat keputusan rasional tanpa membuat keputusan melulu.

Bagaimana Tun M boleh memerintah negara sedangkan beliau tidak memahami perlembagaan Malaysia. Siapa sebenarnya Tun M selama ini ? Tentang perlembagaan pun tidak faham.

Mudah sahaja jawapan Yang Di-Pertuan Agong bahawa tidak mahu campur urusan PPBM serta setiap urusan sedemikan harus melalui Parlimen.

Memang malu jika Yang Di-Pertuan Agong telah memberi titah yang sungguh mudah dan perlu difahami secara lebih mendalam oleh Tun M.

Jadi, apa yang Tun M buat selama 22 tahun memerintah Malaysia ? Hanya bijak menulis buku Melayu Mudah Lupa dan Melayu dalam di lema.

Yang pasti apa yang ditulis oleh Tun M adalah berkenaan diri sendiri yang mudah lupa dan dilema. Lupa perlembagaan dan dilema kerana kroni-kroni sudah kehilangan punca pendapatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA