Tun M-Anwar Dakwa Akta MKN Ancam Sistem Demokrasi

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan bersama hari ini dengan mendakwa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru dilaksanakan oleh kerajaan telah mengancam sistem demokrasi negara.

Menurut kenyataan tersebut, akta MKN telah mengenepikan langsung kuasa dan peranan yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu dalam isu penting keselamatan dan dan kebebasan rakyat Negara ini

Tun M turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menguasai sepenuhnya hampir semua institusi utama Negara seperti Polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara malah Bank Negara.

“Akta ini juga menidakkan hak sesiapa yang terbunuh, samaada pegawai atau orang awam diperiksa untuk menentukan sebab-sebab kematian berlaku. Besar kemungkinan terjadi salah laku,”

“Oleh kerana krisis negara inilah kami bersama rakyat menentang akta ini dan akan membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat demi memajukan negara tercinta kita ini,” katanya

Rang Undang-undang MKN telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Dis 2015, dan Dewan Negara pada 22 Dis 2015.

Ia kemudiannya diwartakan pada 7 Jun lepas dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos lalu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA