Transformasi MPKS Janji Peranan Lebih Besar PBT


KOTA SAMARAHAN: Dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) daripada Majlis Daerah Samarahan (MDS), bakal memberi peranan lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu terutama dalam meme-nuhi keperluan rakyat.

Pengerusinya Datuk Peter Minos berkata, ia bukan sahaja melibatkan projek sedia ada tetapi lebih besar termasuk pembinaan Hospital Samarahan yang menjadi isu utama di kawasan itu.

“Pengiktirafan (menaik taraf) MDS kepada MPKS ini bukan sahaja amat signifikan kepada kita tetapi juga ia bermakna kita perlu menaik taraf atau meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Antara lain pastinya jangkaan rakyat termasuk pembinaan hospital di Samarahan. Kita juga yakin pembinaan dapat dijalankan, di mana Menteri Kerajaan Tempatan (Datuk Dr Sim Kui Hian) menunjukkan respons positif mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan pengisytiharan MDS dinaik taraf kepada MPKS yang dihadiri Timbalannya Zakiah Basah, Setiausaha MDS Simon Wong serta wakil Kementerian Kerajaan Tempatan Michael Saweng di Perpustakaan Awam di sini, semalam.

Menurut Minos, hospital berkenaan amat penting dilaksana kerana ia bukan sahaja bagi memenuhi keperluan penduduk di Samarahan bahkan dari Serian dan Simunjan apabila Jambatan Batang Sadong siap dibina nanti.

Kata beliau, Samarahan yang terdiri daripada lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen itu merupakan bandar pa-ling pesat membangun di Sarawak dengan kadar enam peratus pertumbuhan setiap tahun.

“Justeru kita berasakan pengiktirafan MPKS ini amat bermakna dan ia memberi maksud kepada kita untuk menaik taraf perkhidmatan daripada tradisional kepada lebih tinggi.

“Ia termasuk perparitan, jalan, lampu jalan, pembuangan sampah selain menumpukan kepada pelan pembangunan seperti Cantik, Bersih, Hijau dan Selamat yang akan kita laksanakan sebagai MPKS,” tegasnya.

Selain pelan berkenaan, MPKS kata Minos pada masa sama meneliti pelan peng-urusan sisa sampah yang terbaik bagi memastikan Samarahan adalah tempat yang terbaik untuk didiami, hab pendidikan selain tempat bekerja.

Menjelaskan mengenai kriteria sebagai sebuah Majlis Perbandaran, antaranya kata beliau sebuah majlis daerah itu perlu mempu-nyai minimum 150,000 atau 200,000 populasi selain pihak majlis juga perlu mempunyai simpanan pendapatan dalam anggaran RM20 juta.

“Ia bukan mudah untuk dicapai. Bukan itu sahaja malahan kita perlu mendapat kelulusan kedua-dua kementerian berkaitan kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” kata beliau.

Mengulas mengenai sam-butan, beliau berkata sambutan sempena pengisytiharan MDS kepada MPKS akan diadakan pada 11 November 2016, yang merupakan tarikh paling bermakna dan berse-jarah kepada penduduknya.

Beliau berkata, majlis sam-butan bakal disempurnakan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem serta dijangka disertai kira-kira 3,000 orang pada acara yang diadakan di Dewan Suarah Samarahan.

Ujarnya, pelbagai aktiviti sampingan dan menarik akan diadakan sebelum dan selepas 11 November yang dilakukan agensi serta jabatan yang terlibat dalam acara terbabit. - UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA