Tragedi Bot Karam, 13 Maut


BANGKOK: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh pada Ahad apabila sebuah bot yang sarat dengan penumpang karam di sungai Chao Phraya selepas berlanggar dengan jambatan, kata seorang pegawai kecemasan.

Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar purba Ayutthaya yang menjadi tarikan popular di kalangan pelancong.

Walau bagaimanapun dipercayai tiada warga asing antara yang terkorban.

"Terdapat 13 orang disahkan mati dan 33 cedera setakat ini.

"Bot itu cuba mengelak sebuah kapal lain namun merempuh tiang konkrit jambatan," kata Udomsak Khaonoona, Ketua Pencegahan Bencana bagi bandar yang terletak 80km ke utara Bangkok.

Sekitar 100 orang penumpang di kalangan rakyat tempatan dipercayai berada dalam bot berkenaan.

Katanya empat lagi mangsa belum ditemui setakat ini.-mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA