Titik Hitam Dalam Kehidupan Manusia



Kehidupan manusia pada masa kini hanya lebih peka terhadap sesuatu yang lebih menonjol dan sering berfikir kearah negatif sesuatu hal yang diketengahkan kerana sesuatu yang menonjol dilihat lebih popular.

Di sebalik perkara tersebut terdapat sebuah cerita berkenaan seorang pensyarah yang ingin menguji minda pelajarnya. Beliau cuba mencari pendekatan terbaik untuk mendidik pemikiran pelajar-pelajarnya.

Suatu hari beliau membawa beberapa helai kertas putih dan menyatakan kepada pelajarnya bahawa pada hari tersebut pensyarah berkenaan akan memberikan satu ujian.

Beliau terus mengagihkan kertas tersebut kepada pelajarnya. Pelajar berasa hairan apabila tiada satu pun soalan dalam kertas putih tersebut dan hanya terdapat titik hitam terdapat di tengah-tengah kertas.

Lalu beliaupun berkata dan mengarah kepada pelajarnya agar menjawab berdasarkan apa yang dilihat. Para pelajar merasa keliru dan berfikir apa jawapan sesuai untuk jawapan yang diberikan.

Kebanyakkan pelajar memberi jawapan berkisar titik hitam tersebut. Ada yang memberi jawapan kedudukan titik hitam dan ada pula menghuraikan bahawa titik hitam tersebut berkaitan dengan kehidupan manusia.

Setelah masa yang diberikan mencukupi, pelajar memulangkan semua kertas jawapan mereka. Beliau meneliti setiap jawapan yang diberi oleh pelajar dan mula bangkit dan memberikan penjelasan terhadap ujian tersebut.

Beliau berkata bahawa ujian ini tidak akan dinilai pemarkahan kerana ia dianggap sebagai satu uji minda dan menyatakan bahawa jawapan pelajar memang bagus tetapi skop sebenar bukan seperti apa yang dijawab oleh pelajar.

Beliau menyatakan kesemua pelajar hanya menceritakan tentang titik hitam tersebut. Tiada seorang pun yang mampu berfikir luar dari kotak kerana tiada langsung yang berani menceritakan tentang warna putih kertas yang berada luar dari titik hitam.

Justeru, beliau menghuraikan apa sebenarnya yang mahu diketengahkannya. Seharusnya sebagai seorang manusia jangan hanya memfokuskan apa yang dilihat kerana apa yang menonjol seperti titik hitam tersebut belum pasti ada kesahihannya.

Hakikatnya kita perlu lebih positif untuk melihat warna putih kerana ada yang tidak menonjol adalah perkara yang sahih dan moralnya kita perlu lebih banyak berfikir luar dari kotak dan menilai dengan positif prihal perkara yang tidak terlalu menonjol.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA